Entri kali ini saya tulis dalam bahasa Melayu untuk sama-sama berkongsi dengan rakan-rakan yang mungkin jarang membaca novel bahasa Inggeris (yang mungkin agak susah untuk difahami); mungkin ini dapat menarik minat mereka untuk memperkaya bahasa Inggeris masing-masing melalui bacaan prosa seperti ini.
Novel
yang ingin saya ulas kali ini adalah garapan Ayn Rand iaitu "The Fountainhead". Pada mulanya, saya sendiri tidak yakin dengan karya yang sudah berusia 70 tahun ini (ditulis pada tahun 1930-an); namun jangkaan meleset setelah membaca; gaya tulisan Ayn Rand mempunyai aliran modenisme yang sangat kental walaupun ia ditulis pada tahun 1930-an. Pembaca tidak akan dapat menyangka bahawa ia adalah karya seorang wanita pada zaman itu kerana setiap karakter yang digarapkan adalah sangat modernis dan mempunyai objektiviti yang nyata. Saya sangat kagum dengan idealisme cetusan Ayn Rand ini; sangat projektif melangkaui realiti zaman itu. Pelbagai konsep arkitektual disentuh : Konsep Rennaisance, Church Gothic, Modernisme,etc. Tulisan beliau sangat bijak dan telus.
Novel ini pada amnya mengisahkan kekentalan prinsip arkitek
muda, Howard Roark yang mempunyai pendirian yang sangat tegar; tidak berkompromi dengan persepsi diperbodohkan oleh musuh dalam selimut. Saya membayangkan watak Howard Roark ini seperti personaliti Johny Depp; tegar dan aloof. Beliau enggan akur dengan stigma masyarakat dalam seni membina bangunan. Beliau mempunyai perwatakan yang penyendiri dan menghargai pendirian sendiri melebihi pendapat atau ketentuan kolektif masyarakat. Tidak kisah mengambil risiko mempertahankan prinsip, tidak kisah ditindas oportunis, dan tidak kisah kehilangan kekasih; pantang menyerah.
Watak o
portunis dalam novel ini hadir dalam karakter Ellsworth Toohey, seorang cendekiawan masyarakat ynag juga pengkritik senibina arkitek di dalam surat khabar "The Banner" (Entah kenapa saya terus membayangkan karakter ini dalam bentuk Uncle Bilbo Baggins Lord of The Ring!). Seorang yang pandai berkata-kata dan bijak memanipulasikan individu untuk mencapai matlamat. Untuk melunturkan semangat Roark, Toohey telah mencuba pelbagai muslihat kotor mencemarkan dan memperalatkan rakan Roark yang dalam diam membenci Roark iaitu Peter Keating demi menjatuhkan Roark!
Peter Keating digambarkan sebagai seorang arkitek tampan yang memendam perasaan benci kepada Roark. Mereka merupakan rakan satu kolej dalam subjek architecture. Keating merupakan contoh
individu yang bertentangan dengan falsafah hidup Roark. Keating merupakan seorang yang takut melawan norma masyarakat, hanya mengharapkan pujian masyarakat bagi kesemua hasil lakaran pelan bangunan. Bersengkokol dengan Toohey untuk menjatuhkan Roark. Karakter angkuh Keating ini membuatkan saya membayangkan karakter Tom Marvolo Riddle a.k.a. Lord Voldermort (semasa remaja). Tampan tetapi punya hati yang keji.
Gail Wynand; pemilik surat khabar "The Banner" merupakan seorang individu yang sukar didekati. Tetapi, akhirnya beliau menjadi rakan karib Roark. Saya menggambarkan Alec Baldwin sebagai Gail Wynand kerana Ayn Rand menggarap personaliti Wynand sebagai tampan dan berkarisma; Baldwin dalam komedi Third Rock sangat sesuai.
Dan tentunya akhir sekali mengenai watak yang paling kompleks dan s
ulit untuk difahami; Dominique Francon. Beliau merupakan
socialite yang menjadi pengkritik seni bina arkitektual dalam "The Banner"; sukar meluahkan rasa cinta kepada Roark (walaupun masing-masing memahami); lebih sanggup memusnahkan karier Roark dengan tulisan sadisnya daripada membiarkan Roark dikhianati masayarakat; sanggup berkahwin dengan musuh Roark, Peter Keating & Gail Wynand (untuk membantu karier Keating) demi untuk melihat Roark menjadi submissive (menyerah) kepadanya. Saya tak tahu mengapa saya merasakan ada hubungan rapat dengan karakter ini. Membaca cara Ayn Rand membentuk alunan karakter Dominique Francon ialah seperti membaca sisi karakter saya yang jarang diketahui orang; hanya diri saya sahaja. Elemen ego sangat kental…. Saya hanya membayangkan Angelina Jolie sebagai ilustrasi Dominique Francon kerana personaliti yang ditunjukkan adalah sangat bertepatan. Kompleks, sukar difahami, hati ego yang tinggi. Tidak hairanlah jika rupa-rupanya Angie juga meminati novel Ayn Rand (dan bakal membintangi sebuah filem based on Ayn Rand’s novel "Atlas Shrugged").
Above all (sorry, I cannot resist writing in english), this novel is an excellent masterpiece by the world reknowned Ayn Rand. (And what a coincedent that my hero, Angie also likes her!). Ayn Rand definitely knows how to illustrate the intuition of complex heart and mind and I’ve already enlist her as one of my favorite writer… Ayn Rand! (along Stephen King of course).