The book I’m about to review was the celebrated piece by Ayn Rand. Written around 1945 and released on 1957, “Atlas Shrugged” tackles taboo aspects such as egoism, pride & prejudices, sexual endeavors and the world of capitalist, economists and traders. Saya akan mengulas dalam dwibahasa kerana pada saya, adalah penting untuk menarik perhatian dan minat rakan-rakan yg kurang mahir berbahasa Inggeris untuk sama-sama mengetahui intipati buku ini. Sekiranya mereka juga dapat memahami jalan cerita sinopsis buku ini sepertimana rakan-rakan yang pernah membacanya dalam bahasa Inggeris, I guess the objective has already being achieved.
Basically, “Atlas Shrugged” menceritakan tentang pergelutan golongan korporat di Amerika Utara pada Zaman Perindustrian; pergelutan antara korupsi kerajaan dengan golongan usahawan yang berkerja keras demi kepentingan sendiri tetapi terpaksa tunduk pada kroni kerajaan yang merampas segalanya di bawah payung alasan “milik seorang milik semua”. Segala properti dihakmiliknegarakan (nationalize) dan masyarakat terpaksa menanggung derita akibat tindakan orang atasan yg gila kuasa. Di tengah keadaan yang kelam kabut ini, muncul seorang jurutera muda yang namanya telah hilang daripada industri kejuruteraan lebih kurang 12 tahun; seorang lagenda yang berikrar untuk put a stop on the madness of corruption created by the government. Di bawah pengaruh John Galt, satu demi satu individu penting era Zaman Perindustrian Amerika waktu itu lenyap; meninggalkan dunia luar yang penuh korupsi; dan tinggal bersama-sama di kawasan lembah di mana masing-masing mempunyai hak dan kepentingan atas properti yang mereka sendiri usahakan.
Walaupun watak John Galt merupakan teras utama novel ini, personafikasi watak ini hanya dikupas dengan mendalam oleh Ayn Rand pada babak ke-3 novel ini. Mungkin Rand cuba memainkan elemen misteri dan mebiarkan pembaca tertanya-tanya dan meneka siapakah John Galt. Ini bertepatan dengan frasa pertanyaan yang seringkali diucapkan oleh orang ramai di awal permulaan novel ini = “Who Is John Galt?”. John Galt merupakan seorang lelaki yang cerdik dan punya pemikiran yang menakjubkan dalam bidang kejuruteraan. Namun, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan yang ‘mencuri’ hasil usaha para ekonomis lain ddengan memiliknegarakan properti2x ini. Beliau tegar dan berpegang teguh pada prinsip sendiri bahawa beliau takkan tunduk pada orang lain. Beliau jugalah orang pertama yang memulakan ‘piket’ dengan mengajak semua individu penting Zaman Perindustrian Amerika meninggalkan dunia luar dan berkampung dalam lembah terpencil. Bagi watak John Galt ini, saya membayangkannya dalam bentuk Eric Bana.
“Are you beginning to see who is John Galt? I am the man who has earned the thing you did not fight for, the thing you have remounced, betrayed, corrupted, yet were unable fully to destroy and are now hiding as your guilty secret, spending your life in apologies to every professional cannibal, lest it be discovered that somewhere within you, you still long to say what I am now saying to the hearing of the whole of mankind: I am proud of my own value and of the fact that I wish to live”
Watak Dagny Taggart, pewaris kepada dinasti Taggart yang mewarisi legasi perniagaan keretapi tersohor di Amerika Syarikat iaitu Taggart Transcontinental merupakan individu yang cold, arrogant dan berpegang teguh pada prinsip. Dagny seorang yang tegar dan sanggup menerima risiko atas apa juga yang dilakukannya. Percaya pada diri dan ego. She was also romantically linked to 3 men in these novel; John Galt (her ultimate lover), Fransisco D’ Anconia (childhood friend) dan Hank Rearden. With Hank, she realized that she likes BDSM sex and the idea of being controlled in bed. Untuk watak Dagny, hanya seorang sahaja yg saya bayangkan; obviously the weirdest personality reflects Angie.
“She would not acknowledge the things she feared or give them the solid shape of words, she knew them only by the ugly, nagging pull of an unadmitted emotion. Part of of it was a savage resentment, of a kind she had never experienced before; yet the resentment was softened by some quality of health in the thing she feared; as if the threat could be fought and even, if need be, accepted. But there was another, uglier dread; the sordid shape of self-sacrifice; the suspicion, not to be uttered about..”
Hank Rearden is one of the most renowned individu di Zaman Perindustrian tersebut. Beliau membuka syarikat perkapalan dan bijih timah (‘ore’) dan penghasilan besi logam yang istimewa dinamakan “Rearden Metal”; logam ini mempunyai ketahanan haba yang sangat tinggi berbanding logam biasa dan logam ini menjadi rebutan para kroni kerajaan. Beliau juga mempunyai hubungan sulit dengan Dagny Taggart. Saya rasa Christian Bale sesuai dengan perseonafikasi Readen; seorang yg fokus, berpegang pada prinsip, risk-taker dan workaholic.
Fransisco D’ Anconia, pewaris legasi copper dynasty from Argentina was the Taggarts childhood friend. But he joined forces with John Galt untuk menumpaskan the corrupted Government. I imagine Tony Danza for this character.
James ‘Jim’ Taggart ialah abang kepada Dagny. Seorang yg manipulasi dan banyak bergantung kepada Dagny untuk meneraju empayar Taggart walaupun beliau ialah Presiden Taggart Transcontinental. Beliau juga dengan tidak malunya mengambil kredit and merit di atas semua usaha Dagny. Beliau berkahwin dengan Cherryl Taggart; seorang gadis miskin;Â tetapi mempunyai hubungan sulit dengan isteri Hank Rearden iaitu Lilian Rearden. Saya membayangkan watak ini dalam bentuk Michael Douglas; Cheryl Taggart – seorang gadis naif dan akhirnya cuba mencari justice untuk dirinya dalam bentuk Amy Adams dan Lilian Rearden – isteri yg cuba menarik perhatian suaminya tetapi akhirnya bertekad membalas dendam atas kecurangan suaminya dengan berlaku curang; Watak ini sesuai dengan Catherine Zeta-Jones.
Novel ini sebenarnya diangkat oleh Ayn Rand sebagai epilog kepada buku “The Fountainhead” (saya pernah membuat review mengenai buku in)i. Saya mengkagumi Ayn kerana gaya penulisannya yang berkisar pada ketegaran atas prinsip diri sendiri dan tidak tunduk pada orang lain serta bersedia menerima risiko atas tindakan sendiri. Selain daripada itu, isu taboo seperti seks juga dikupas dalam novel ini dan saya merasakan bahawa ia adalah satu tulisan yg jujur tetapi yang lebih menakjubkan, ia ditulis pada tahun 1940s, di mana pemikiran yang mungkin masyarakat kini anggap masih belum ‘advance’. Ternyata tulisan Ayn menjangkaui dan melapaui batasan era beliau! Saya menyukai novel ini kerana ada beberapa elemen karakter dalam novel ini yang dekat dengan saya. seperti refleksi diri saya dan bagi saya novel ini sesuai dengan golongan korporat kerana banyak isu selok belok dan tipu muslihat dalam perniagaan yang disentuh especially golongan banker!
Novel ini mungkin berat bagi sesetengah orang. Novel setebal 1078 muka surat ini dengan tulisan yang kecil mungkin agak susah untuk individu yang kurang mahir dalam bahsa Inggeris. Tetapi walau apapun, yang penting minat untuk terus membaca harus dipupuk! Saya harap informasi yg sedikit ini mampu menarik minat rakan-rakan yang kurang membaca untuk sama-sama mendalami tulisan agung yang sebenarnya sangat popular ini.




































































