Black magic. Santau. Voodoo. I’d never thought my family would possibly be facing these kind of thing but today, a sudden incident may prove to be the otherwise. All because of heirlooms patrimonies a.k.a harta pusaka. My mother’s side boasted 6 siblings where my mom is the fourth. My grandfather was a so-called self-made noveau riche ( he is not even rich. Just so happened that he has a few bucks he made by selling a few small lands he had!).

A real Tanggang statue @ Indonesia. This could be Pak Cik Mat Yee!!
Since my family moved to Jitra nearly five years ago from the island of Penang sebab Ayah pun dah pencen masa tu, we constantly visited Tok (grandmother) dan Wan (grandfather). Lagipun rumah bukanlah jauh. Adik-beradik mak yang lain samada tak ada masa kerana kekangan waktu atau pun tak ada yang peduli walaupun duduk berdekatan. Well, none of our concern actually! Apa yang kami tahu tanggungjawab sebagai anak bila duduk berdekatan ialah mengambil tahu kebajikan mereka lah, kan? Since Mak pun dah pencen dari pekerjaan as a nurse, keraplah dia melawat mereka; ada sahja buah tangan atau barang keperluan (meja, kerusi, dll) yang Mak bagi. Ayah plak memang naturally someone who likes to help others selalu menjenguk Wan dan Tok; Ayah memang well-known among the neighborhood tak kira di Penang atau Jitra – he is very popular for being so generous in helping others! Apatah lagi terhadap mak dan bapak mertua dia kan?
Mak ada adik paling bongsu yang kami panggil Pak Cik Mat Yee. Dia ni boleh dikatakan ‘the black goat’ of the family. Dah banyak masalah yang dia buat tapi the family always forgive him. Maklumlah anak bongsu- Wan dengan Tok memang sangat sayangkan dia.. Pernah Mak berkecil hati bila Mak dapat tahu Tok menggadaikan gelang emas yang dia bagi untuk Pak Cik Mat Yee. Sebagai seorang anak yang taat, takkah kecik hati kalau mak bapak tak appreciate pemberiannya, bukan? OK, fine..that isn’t the ultimatum. Setelah Pak Cik MatYee yang bercerai kali ke-2 tu takdak rumah, dia terus menumpang duduk dengan Wan dan Tok selama 10 tahun bersama anak dia. Kami pun menerima dia seadanya sebab it’s blood ties, aite?

Drama bermula sejak tahun lepas. Masa tu saya masih lagi berkerja di Bank. Kerana ketamakan, Pak Cik Mat Yee mengambil kesempatan mengeluarkan duit simpanan Wan yang pada masa itu dalam keadaan nyanyuk (gone senile!). Pak Cik Mat Yee bersepakat dengan seorang kawan dia kerani Bank di Maybank cawangan Jitra membuat buku akaun pendua untuk mengaburi mata Wan. Buku pertama mencatatkan jumlah wang yang masih banyak (tidak berubah) manakala buku kedua menyatakan segala transaksi. Daripada wang sejumlah RM70,000, kalau tak silap RM 63,000 telah digunakan! Rupa-rupanya dalam keadaan Wan yang nyanyuk tu, Pak Cik Mat Yee dan kawan kerani Maybank tu mengambil CAP IBU JARI Wan sebagai mengesahkan segala transaksi tu! Sanggup dia lakukan macam tu kat bapanya, Allah Yang Maha Mengetahui!
God’s Willing ditakdirkan Allah SWT, masa bulan puasa Wan pulih sedikit daripada nyanyuk dan mula boleh berfikir! Tiba-tiba dia teringat untuk memeriksa wangnya dan mengajak Mak ke bank. Alangkah terkejutnya bila wang simpanan Wan tinggal sedikit. Mak berjumpa dengan Manager bank untuk mendapatkan kepastian dan setelah siasatan dibuat, kerani Maybank kawan kepada Pak Cik Mat Yee mengaku bahawa mereka telah sediakan 2 buku akaun! Supposedly, kerani terbabit boleh dikenakan hukuman tapi Mak taknak press charge against him or Pak Cik Mat Yee; stigma masyarakat melayu kampung taknak hebohkan kisah dalam kelambu peribadi keluarga. So, peristiwa tadi menyebabkan Pak Cik yg dah kawin baru (sebelum kejadian itu; hantaran kawin pun guna duit Wan dan di-matchmake-kan oleh Pak Ngah!) tu keluar dari rumah Tok ngan Wan.

So happened that after the incident, mak ngan Ayah meneruskan tanggungjawab; Buat apa harta pusaka yang tak seberapa tu? Untuk hidup mereka dah ada hasil wang pencen masing; saya dan Kakak pun dah berkerja! Dua minggu lepas Pak Ngah dan Mak Ngah balik ke Jitra. Mereka berdua dan Ayah pergi berjumpa Pak Cik Mat Yee kononnya nak buang yang keruh ambil yang jernih- let bygones be bygones. Nak dijadikan cerita, Pak Cik Mat Yee mengeluarkan kata-kata kesat kepada Ayah :
“Nak jaga sangat orang tua tu! Jagalah sampai nak mampoih! (You wanna take care the old man right? Do it till you die then!)”
Sanggup seorang anak cakap macam tu sedangkan abang ipar dia yang bersusah-payah menjaga mak bapak dia???? Ayah agak terkilan dan bagitahu kat Mak. Seemed like Pak Cik Mat Yee hit the nerves! Mak yg agak sebak dengan kenyataan Pak Cik bertekad nak ubah nama tanah Wan kepada namanya dan Mak Ngah; bukan untuk membolot harta tapi sebagai balas dendam- katalah lepas Wan meninggal, Mak akan bahagikan semua harta tu kepada adik-beradiknya. Ambillah semua! Tapi sebelum tu, Mak tanya persetujuan Mak Caq dan kesemuanya untuk menukar nama. Wan pun dengan suka relanya dan dalam keadaan yang SANE mengubah nama tanah kepada nama Mak dan Mak Ngah.

Rupa-rupanya, Pak Cik Mat Yee dah dengar khabar ni. Dia jadi marah! Pagi tadi, dia pergi ke rumah Tok dan Wan dan mengugut nak cari bomoh Siam dan nak butakan mata Mak dan Ayah!! Perlu diingat, bomoh Siam adalah antara bomoh yg ditakuti kerana ilmu hitam negara tersebut yg lethal. Nak nak pulak kami tinggal berdekatan sempadan negara ni. Benda ni (dark magic, voodoo) memang wujud dan kepada Allah SWT sahaja kami berserah. Maybe for urban peeps, this is just alaughing matter… but believe me, supernatural exists. Even fo us Moslems even in our most pious hierarchy, we still have to believe it. To believe in the Afterlife and Supernatural (Ghaib) are the essences of faith to Allah SWT. Pak Cik Mat Yee mengugut nak amalkan ilmu hitam supaya Ayah mati kemalangan dan rumah kami terbakar!~ Masya Allah… Saya sendiri tak sangka hanya kerana harta sanggup seorang adik buat macam tu? Mak agak klutzy dan terkejut dan hiba bila dapat tahu- kesemua adik beradiknya dah diberitahu; kalau ada apa-apa yang berlaku, Pak Cik Mat Yee lah yg punya angkara! Ayah pula cool sebab bekas polis and he handles everything very calm.
Mungkin entri saya ni seolah-olah membuka pekung di dada but I can’t help it but feel so angry at Pak Cik Mat Yee. Semoga Allah SWT membalas segala kejahatan yang dilakukan kepada mak bapak dan juga adik beradiknya! Doa orang yg teraniaya tu terbuka hijabnya dengan Allah SWT dan moga-moga semasa mak dan Ayah di Makkah nanti untuk kerjakan umrah dapat menghindarkan kami daripada niat buruk Pak Cik Mat Yee ni!




















































