22 comments on “Tug-o’-Tagging!

  1. Fuhhh…mmg betul ckp saudara Naz..ni jambu tahap cipan angkasa ni…serius!! Fyoo..jambu gila larh!!! tak tahan….hehe..jgn mara ekk..

  2. Naz = WTF???? hurm…ok hehe

    Myazara = hehe..TQ =)

    Leftenan Muda = alrite..En Adie @ Leftenan Muda. Sy berterima kasih sebenarnya ats komen2x tuan/leftenan sebelum ni. Tapi yg tak sedapnya ada 2 org kawn sy mempersoalkan kenapa tua selalu meninggalkan komentar yg agak kontroversi. Saya tak tau nak jawab sebab sy pun x kenal saudara. Jgn salah faham. I appreciate them and I think u are intelligent person with good command of both language, I can c from few comments. I’m just saying this to alleviate things..s that there won’t be any hearsays or rumors..you know wht am saying? Last but not least, saya hargai. TQ

  3. wah cepat shahrill balas? tengah online? Ok, let me set the record straight. Saya tak bertujuan nak cetuskan apa-apa masalah. Saya cuma memuji. Apakah itu salah? Sebagai lelaki, kita memang tertarik dengan benda yg cantik dan lawa dan sebab itulah makanya, lelaki terpikat dengan wanita cantik. Saya tak katakan Shahrill wanita tetapi muka Shahrill yang jambu ‘meyelesakan’ pandangan kami walaupun jika ditanya semua lelaki mampos tak mengaku!! Saya cuma memuji ciptaan Allah. salahkah? Awak patutnya bersyukur dan pedulikan kata orang lain! Sebagai lelaki, fitrahlah memuji yang lawa. Takkan bergurau pun tak boleh? From your blog, I know you are a good boy and I like your style of writing. Tak lebih daripada itu. Do I make myself clear?

  4. Leftenan Muda = Well..you do make yourself clear with that crisp-cutting explanation!! Sounds like a soldier commanding eh? (The last sentence).. I guess I owe an apology and I would not care less anything more. I know you meant no ill-hearted and .. TQ…

  5. Assalamualaikum

    Hmmm… both of u got ur points. Shahrill sebagai seorang lelaki normal yang dilahirkan dengan wajah yang unik (baby face) saya rasa sewajarnya berasa sedikit tidak selesa apabila ada lelaki yg selalu memuji keunikan wajahnya itu. Ianya merupakan sesuatu yang normal bagi semua lelaki yang juga normal. Jika saya sendiri pun saya akan berasa tidak selesa jika mempunyai peminat lelaki.

    Tetapi dalam masa yang sama, saya percaya bahawa Leftenan Muda juga adalah merupakan seorang lelaki normal dan semestinya tertarik kepada kecantikan dan keindahan wanita yang dicipta Tuhan untuk menjadi teman kepada lelaki. Memandangkan Shahrill mempunyai iras wajah yang unik, dan boleh dikatakan cantik, sememangnya tidak menghairankan jika ada lelaki normal seperti Leftenan Muda yang tertarik melihat wajahnya. Namun cukuplah sekadar rasa tertarik, tidak perlu mempunyai perasaan yang lebih daripada itu kerana jika lebih daripada itu ia telah membawa maksud yang lain. Dan maksudnya itu sudah jelas salah dan tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula, Shahrill tetap dan masih seorang lelaki normal, bukan seorang wanita. Saya juga percaya bahawa kecantikan yang boleh menawan hati lelaki masih lagi datangnya daripada seorang wanita, bukannya lelaki hatta wajah lelaki itu secantik Balqis mahupun Zulaikha. Kecantikan wanita sama ada fizikal mahupun hatinyalah yang sepatutnya menjadi tarikan semua lelaki.

    Ciptaan Tuhan adalah unik. Setiap manusia adalah berbeza. Semuanya unik, tidak ada yang serupa. Pasangan kembar juga masih mempunyai sedikit perbezaan dalam maklumat genomnya. Jadi, saya rasa isu Shahrill yang mempunyai raut wajah yang unik tidak patut dipolemikkan…

    Kepada Shahrill, anda berhak menyuarakan rasa tidak selesa anda. Anda lelaki. Saya juga lelaki. Semua lelaki yang normal faham perasaan anda. Saya juga akan berbuat perkara yang sama jika ada lelaki yang meminati saya sama ada kerana fizikal saya mahu pun perkara-perkara lain. Terutamanya jika saya tidak mengenali lelaki tersebut. Ianya sangat normal dan anda tidak perlu berasa bersalah.

    Leftenan Muda, anda juga lelaki normal. Sama seperti Shahrill. Memang fitrah lelaki tertarik kepada kecantikan. Anda tidak bersalah. Tetapi, Shahrill tetap seorang lelaki. Walau secantik manapun dia, dia tetap seorang lelaki. Anda juga lelaki. Pastinya anda faham perasaan lelaki yang lain….

    Wassalam

  6. Saudara Naz, sebenarnya saya tidak menyangka begini sebenarnya keadaannya. Jujurnya, saya sekadar ingin bergurau dengan saudara Shahrill. Saya harap isu ini tidak wajar diperbesarkan kerana ia hanya gurauan semata-mata. Ini juga pengajaran bagi saya agar tidak keterlaluan dalam komen saya yang lain.

    Kepada shahrill, saya harap tidak berasa hati. Istilah jambu adalah biasa apabila kita berada di kelompok sama jantina, lebih-lebih bagi kami tentera. Hanya sekadar bergurau melepaskan dendam. Saya harap ia tak menjadi kerumitan untuk sama-sama terus bertukar komen dalam blog ni. Tapi bro, you are really one goddamn JAMBU!!! Muahahaa…jgn mara ya..nanti cepat tua!

    Regards,
    Adie

  7. askum…wah hangat plak pasai isu muka cik shahrill ni. Erm, rasanya shahrill pun dah dewaa utk menilai gurauan atau sebagainya, ya? Leftenan pun jgnlah keterlaluan sangat..En Naz plak..wah, panjang berjela-jela syarahannya; ada bakat jadi penulis teks menteri ni.hehhee..jambu tu buah kan? Kira sahrill ni boleh dimakan ke????eheh..Puteri nak gak rasa. Gurau ja ya..=)

  8. man…no comment about all comment from the top to the bottom…freedom of speech,that’s why timbul issues yg pelik2 nih..sisipan nukilan shbt sy from http://www.ahmadkhalis.blogspot.com/ bertajuk ‘Freedom of Speech’.

    Hari ini konotasi yang senantiasa disebut-sebut adalah freedom of speech.Rata-rata di dunia kita bebas berkata apa sahaja.Tambahan pula pabila kita bersuara menentang kezaliman,prinsip ini sememangnya menjadi lebih relevan.Tanpa wujudnya prinsip ini,dan hakikat bahawa ia diterima seluruh masyarakat dunia,sudah pasti kejahatan dan kezaliman lebih berleluasa.

    Namun malangnya prinsip ini disalahgunakan untuk menyebut perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti dan mampu mengundang pertelagahan.Ia juga kerap kali digunakan untuk memburukkan sesuatu pihak tanpa bukti,hanya andaian dan interpretasi sendiri.Sememangnya masyarakat kita masih belum bersedia menerima prinsip ini,malah saya sendiri tidak mampu menerimanya.

    Selagi sesuatu masyarakat itu gemarkan ‘gosip’ dan menerima sesuatu berita dengan mudah sahaja tanpa usul selidik,selagi itu lah saya rasakan bahawa masyarakat itu tidak bersedia menerima prinsip ini.

    Setiap sesuatu itu mempunyai batasnya.Dalam prinsip ‘freedom of speech’ ini saya tidak nampak di mana batasnya.Tiada undang-undang yang menggariskan batasnya.Mungkin antara prinsip yang boleh dijadikan ‘alat kawal’ kepada ‘freedom of speech’ ini adalah ‘mutual respect’.

    Sebagai orang Islam,konsep ini pada pandangan saya menjadi subjek kepada peraturan Islam.Jika kita mahukan prinsip ini tanpa batas,maka terjadilah ibaratnya kita seperti pelukis kartun Nabi Muhammad S.A.W itu.Penerimaan bulat kita terhadap prinsip ini akan meletakkan kita di dalam posisi di mana kita tidak patut marah terhadap penghinaan terhadap Nabi dan Islam.Adakah itu yang kita mahu?

    Sedihnya,’freedom of speech’ ini selalu digunakan untuk menyebarkan fitnah,sedangkan fitnah itu dilarang keras dalam Islam.Daripada suatu prinsip murni,ia bertukar menjadi suatu alasan.Alangkah hinanya mereka yang menggunakannya sebagai alasan untuk menyebarkan fitnah yang akhirnya mampu memecahbelahkan ummah.

    Pendek kata,sebagai Muslim,konsep ini sama sekali tidak terkeluar dari skop perintah Allah.Kita disuruh berkata benar walaupun pahit.Kita disuruh menentang kezaliman.Itu adalah erti kata freedom of speech menurut Islam.Kita dilarang menyebarkan fitnah.Kita dilarang memburukkan dan membuka aib saudara Islam yang lain.Itu bukanlah freedom of speech menurut Islam.Seseorang Muslim yang mengamalkan freedom of speech yang tidak dibatasi oleh larangan dan tegahan Islam,mesti ditentang dan diingatkan tentang larangan Allah ini.Mereka ini merupakan suatu ancaman kepada kekuatan ummah.

    Sebagai orang yang mendengar pula,seharusnya kita selidiki apa yang diperkata.Itu adalah tanggungjawab sebagai pendengar.Kita dilarang sama sekali untuk ikut ‘membuta tuli’.Kita hanya berlaku adil sekiranya sesuatu berita itu didengari dari pihak yang hak.

    Semoga perkara ini menjadi peringatan kepada diri saya sendiri juga.Insya-Allah

    p/s:moral, jgn main ckp tnpa mengira sensitiviti dan perkara yg sewaktu dgnnya.think before we speak…

  9. Assalamualaikum..

    Leftenan Muda, seperti yang saya katakan anda tidak bersalah kerana tertarik kepada yg cantik dan indah itu adalah fitrah. Tapi tertarik kepada kecantikan lelaki seperti Shahrill cukuplah sekadar mengagumi ciptaan Tuhan. Pujian boleh diberikan tetapi juga cukuplah sekadar menghargai apa yang dilihat. Tidak perlu lebih daripada itu. Ini kerana hakikatnya lelaki normal mana yang suka dipanggil cantik dan ayu. Mana-mana lelaki pun tetap mahu dianggap kacak, berketrampilan dan segak. Saya percaya lelaki normal yang cantik tidaklah begitu kisah dipanggil cantik, jambu dan sebagainya tetapi jika telah mula timbul rasa tidak selesa di dalam dirinya, tidak wajar dan tidak adil kepadanya kerana perasaan setiap individu perlu dihormati.

    Saya sudah lama mengenali saudara Shahrill. Saya faham dan saya tahu apa yang dia rasa. Shahrill seorang yang sporting dan sangat spontan orangnya. Jika keluar bersama Shahrill dia kadang-kala menyuarakan rasa tidak selesa apabila ada orang sekeliling (terutamanya lelaki) yang memandangnya dengan pandangan yang kita semua tahu bukan pandangan yang biasa. Kadang-kala Shahrill bertanya kepada saya bahawa adakah dia terlalu paranoid atau sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Susah bukan? Susah menjadi Shahrill. Kita mungkin terlupa untuk menjadi sensitif. Sebab itulah saya fikir ada kalanya kita perlu meletakkan diri di tempat Shahrill. Pujilah dia dan berguraulah dengan dia. Dia tidak mempunyai halangan untuk itu. Saya kenal Shahrill. Dia akan ketawa bersama-sama anda. Dia akan membalasa gurau senda anda. Tetapi Shahrill masih seorang lelaki yang normal. Lelaki yang masih tetap mempunyai kebanggaan dan ego seorang lelaki. Dan saya rasa itu perlu dihormati sewajarnya…

    Wassalam..

  10. To everyone = Wow..i never really thought a one post of just be silly by posting a jambu pic of mine (erk?) will create sucha nuclear..well, more like the question posted! I appreciate ever one’s comments and Leftenan Muda, I have no hard feeling or whatsoever. I can take it..It’s just to alleviate certain questions posed by my friends. Do keep komen tis blog ya! And Naz..hheee, thanks for the in depth counter comment *wink* =)

  11. haha! shahrill mmg pandai menimbulkn kontroversi… aku setuju dgn statement ttg fitrah manusia yg suka kpd benda2 cantik atau dlm kes ini shahrill yg jambu.

    dan fitrah shahrill jg dijadikn begitu. rill, ko anggap la tu satu ujian dan ujian yg datang tu adalah dr ALLAH yg mnunjukkn Dia sayang kita. tak kesah la org nk ckp apa atau nk pandang mcmne atau nk tulis apa pn… ko tau diri ko sndri. n kwn2 ko pn tau siapa ko.

    ko tu jambu thp bdak sekolah br masuk form 1! haha!

  12. LOL @ all comments by naz,leftenan adnan…ops…i mean muda and evenstar….so much love! auw~~~
    btw, i think the best person to judge tahap ke-jamboo-an seorang lelaki is a girl and queer guys la obviously so from a girl’s perspective, this photo is definitely not jamboo. more like baru bgn tido pagi, x basuh muka lg je? ROTFLMAO!!!
    but definitely high cheekbone la…..sexy!

  13. dreamy nzard= LOL..ok.. i guess we ought not to komen abt this no more. ahahah, neeway nzard i guess u rite. This aint jambu and yeah, i do look like baru bgn tido (but then i always look like that haha). High cheekbone? maybe thats new term for scrawny..ok, hope we put ned to this ..while some silent readers are having fun discussing abt this. You guys know who i mean rite?

  14. i thought scrawny is not high cheekbone? and i forgot to add, high cheekbone is definitely a bonus for ur look if u r a girl….=D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s