4 comments on “A Sine Qua Non For The Malays : A Paradigm Shifting Disclosure @ Tun Dr. Mahathir Mohamad’s 1970 “The Malay Dilemma”.

  1. Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
    azan“Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” katanya ketika dihubungi.
    Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik.
    Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece.
    Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya hanya sekitar US$30 bilion.
    “Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak perlu berhutang,” kata Azan mengulas kenyataan itu.
    Menurut beliau, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, rizab matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya tertinggi di dunia mulai terhakis.
    “Ia berdasarkan anggaran belanjawan negara selama 20 tahun dan semua orang boleh rujuk. Kerajaan mengakui aliran wang keluar yang terlalu banyak tidak dapat dicegah. Bahkan Bank Negara sedang menyiasat perkara ini,” katanya.
    “Kadar SDR (Hak Pengeluaran Khas) bertujuan untuk mengawal kadar pengeluaran matawang juga menurun kerana diguna pakai untuk pembangunan dan pelaburan, ekoran keadaan ekonomi negara yang mengalami defisit selama 15 tahun. Dengan hasil negara yang banyak, rizab sepatutnya tak perlu digunakan,” jelas Azan.
    Kata Azan lagi, idea penggunaan rizab negara untuk pembangunan dan pelaburan juga diilhamkan oleh Mahathir, dan ditentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
    “Tanyalah Anwar, Tengku Razaleigh (Hamzah) atau mana-mana menteri kewangan di rantau ini, pastinya jawapan mereka bahawa rizab simpanan negara patut lebih tinggi dari sekarang,” katanya.
    “Mahathir juga merendahkan ekonomi negara dengan menyamakan dengan Greece. Kenapa tidak bandingkan dengan negara setaraf seperti Singapura yang kini ada rizab sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih tinggi dari Malaysia,” soal Azan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s